Pages

Saturday, 10 December 2016

Pertandingan Orang Kuat


#10Disember2016 Pertandingan Orang Kuat di Dataran Shah Alam. Jentera FRT BBP Kota Anggerik yang sarat dengan peralatan dan muatan air adalah 'BEBAN' yang perlu ditarik diderakkan.

Pertandingan turut dihadiri olek ikon sukan negara dan selebriti lain.



Kebakaran rumah kedai di Georgetown


#10Disember2016 Kebakaran 10 unit rumah kedai jenis pre war building di alamat Jalan C Y Choy, Georgetown. Kebakaran dapat dikawal setengah jam kemudian. Tindakan dilakukan oleh BBP Lebuh Pantai, dibantu oleh BBP Jalan Perak, BBP Bagan Jermal dan anggota bomba sukarela.


Syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB29



Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,814.00);atau
ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,889.09).
d. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti berikut:
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.dan
e. Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Lantikan Bekas Anggota Tentera
Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan 1(d) dan 1(e).

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Bomba adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a. i. Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
b. Had umur pelantikan:
i. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas :
i. Mengawalselia dan mengemaskini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai.
ii. Mengawalselia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai. iii. Mengurus dan mengawalselia pengurusan personel di balai.
iv. Mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai.

Sumber: www.spa.gov.my


Saturday, 16 July 2016

Apa itu EMRS dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?

EMRS
(EMERGENCY MEDICAL RESCUE SERVICES)

1. Diwujudkan dalam Jabatan Bomba bagi memberi perawatan KHUSUSNYA kepada ANGGOTA BOMBA ditempat operasi sekiranya mengalami kecederaan. Dan juga memberi perawatan kecemasan kepada mangsa orang AWAM sekiranya ada sebelum pihak AMBULAN datang. 
Semoga dengan perawatan awal yg kami berikan dpt membantu mengawal mangsa yg cedera dari menjadi lebih kritikal sementara ambulan sampai. Sekiranya ambulan ada kami akan serahkan kepada pihak berkenaan.
2. Kami TIDAK beroperasi utk menghantar pesakit ke hospital KECUALI mendapat arahan dari PUSAT GERAKAN OPERASI yg mana pihak Hospital memohon kami utk menghantar mangsa ke hospital disebabkan perkara yg tidak dapat dielakkan.
                  
3. Keluaran jentera EMRS ini adalah bersama Jentera pemadaman kami.
4. Walaupun anggota bomba kami terlatih dan melakukan tugasan mengikut SOP tidak dapat dinafikan kemalangan keatas anggota boleh terjadi. Dengan itu maka diwujudkan Pasukan EMRS ini. Dan kami juga berharap dengan perawatan kecemasan kepada mangsa yg ada ditempat kejadian dpt mengurangkan risiko dan memberi ruang yg lebih untuk mangsa diselamatkan dan diberi rawatan lanjut oleh Pihak Hospital.
** kepakaran anggota EMRS kami ada hadnya. Kami tidak mempunyai kepakaran khas seperti kakitangan Perubatan Hospital.

Kami cuba lakukan yang terbaik untuk masyarakat dan kami juga mempunyai SOP dan bidang kuasa yang terhad serta peraturan yg perlu kami patuhi.
Kami memerlukan sokongan dari masyarakat dalam menambahbaik perkhidmatan yg kami berikan. 
Diharap masyarakat memahami tugasan yg kami lakukan.
SUMBER -"ENCIK HAMIDI EMRS"

Thursday, 14 July 2016

Bagaimanakah cara untuk menjadi Teman Pili Bomba?



Bagaimanakah cara untuk menjadi Teman Pili Bomba?
  1. Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
  3. Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
  4. Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
  5. Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
  6. Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
  7. SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba.
Sumber:http://www.bomba.gov.my/

Apa itu S.T.O.R.M dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?

S.T.O.R.M
(Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM)
STORM adalah salah satu pasukan yang dikenali sebagai Malaysian Rapid Deployment Force ataupun lebih kurang macam komando ATM la peranan nya tapi jauh sekali daripada skop tugasan. STORM adalah pasukan yang ditugaskan untuk berfikir di luar kotak dan bekerja di luar kemampuan dalam menjalankan operasi menyelamatkan mangsa lagi-lagi yang melibatkan bencana besar seperti SEARCH AND RESCUE.
Oleh kerana tugas mereka lebih kepada melakukan operasi Search and Rescue kebanyakan operasi nya di tempat gelap terutama melibatkan runtuhan bagunan, penyelamatan di hutan atau disaster berskala besar, mereka dianugerahkan baju yang design nya lain sikit daripada pegawai lain iaitu ada JAHITAN SHINING(BERCAHAYA) pada pergelangan tangan dan kaki pada uniform, tulisan STORM di belakang baju, helmet operasi bewarna merah ketika operasi melibatkan pegawai STORM, lencana unit di sebelah kanan bahu dan di tampal bendera Malaysia di bahu kiri sebagai pengenal ketika operasi di luar negara. Hanya yang anggota yang pergi mengikuti kursus ala KOMANDO ini dan kepada anggota yang lulus sahaja yang akan ditauliahkan baju seperti ini dan lencana STORM untuk dilekatkan pada uniform.



Syarat kelayakan juga menggunakan Individual Physical Proficiency Test (IPPT) iaitu standard physical fitness yang juga digunakan oleh Singapore Armed Forces (SAF), Singapore Police Force (SPF) and Singapore Civil Defence Force (SCDF) dan juga kebanyakkan pasukan uniform dalam negara ini seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Polis DiRaja Malaysia(PDRM) dan lain-lain. Setelah layak memasuki asas kursus STORM, barulah mereka diberi latihan-latihan yang sangat menguji kemampuan anggota dan skill penyelamatan yang advance selain pentauliahan yang membanggakan selepas berhempas pulas keringat pada sesi kursus. Ibarat berey komando, siapa yang lepas kursus komando sahaja yang layak memakai berey. Uniform ni tiada siapa berhak memakai selagi tidak pergi/tidak lulus kursus STORM ala komando ini berdasarkan skop kebombaan.
Jika ada insiden bencana yang besar contohnya kejadian bas jatuh gaung di genting tempoh hari, anggota yang berpakaian lain daripad yang lain ini akan dipanggil daripada seluruh Malaysia untuk berkumpul(sebab itu mereka dipanggil Pasukan Aturgerak Cepat kerana mereka perlu bersedia untuk bertugas selama 24 jam sekiranya dipanggil untuk bertugas tidak kira samada waktu siang atau malam. Mereka juga dipanggil On Stand by lebih kurang macam doktor pakar la. Tak boleh kata tidak sekiranya dipanggil bertugas walaupun pada waktu malam) dan akan melaksanakan misi tersebut secara bersama-sama menggunakan SOP yang disediakan, bekerja di luar kemampuan, dan berfikir menyelesaikan masalah secara di luar kotak ataupun think outside the box macam mana nak selamatkan mangsa walaupun dgn keperluan logistik yg minima dan keanggotaan yang sedikit.


Sunday, 10 July 2016

Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pegawai Bomba Gred KB19?



Apakah syarat-syarat untuk menjadi seorang Pegawai Bomba?

Syarat Lantikan:
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
c. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
d. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

e. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
iii. Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
a. Mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
b. Menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
c. Menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
d. Memanjat tali.
iv. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Bagaimana untuk memohon?

Untuk memohon jawatan tersebut anda hendaklah memohon secara online di laman web www.spa.gov.my

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Facebook Friends of Bomba Malaysia